Ahadiat Akashah (kiri) bersama peguamnya, Mostadza Halimi hadir mendengar kes tuntutan nafkah oleh bekas isterinya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur, semalam. |
Shahilah Mat Nazir, 39, yang bekerja sebagai setiausaha di sebuah bank di sini turut menyatakan, Ahadiat disahkan muflis pada 1998 iaitu sebelum mereka bercerai namun ketika itu kehidupan rumahtangga mereka langsung tidak terjejas.
''Walaupun muflis, kehidupan kami langsung tidak terjejas dan beliau menjalani kehidupan seperti orang lain juga yang bebas bersosial.
''Malahan, beliau masih dijemput memberikan ceramah, menghadiri majlis-majlis rasmi dan pernah diangkat menjadi Tokoh Belia beberapa tahun selepas itu,'' katanya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini hari ini.
Wanita itu menyatakan demikian ketika menjawab soalan peguam syarie mewakilinya, Mohammad Amir Nazli Hussin dalam permohonan mengubah perintah nafkah anak yang difailkan Ahadiat pada Januari lalu.
Katanya, Ahadiat selaku plaintif berlakon seolah-olah papa kedana walhal harta-harta yang dibeli atas nama isteri barunya, Norhayati Mohd. Fauzi sebenarnya dimanfaatkan oleh plaintif dan keluarganya.
Ketika disoal sama ada beliau bersetuju dengan dakwaan plaintif pada prosiding lalu bahawa beliau bergantung hidup kepada isterinya disebabkan status muflis, Shahilah tidak bersetuju sama sekali.
''Walaupun syarikat milik plaintif dinamakan atas nama isterinya, namun saya yakin tanpa plaintif, perniagaan itu tidak ke mana kerana penggerak kepada perniagaan tersebut adalah plaintif yang merupakan penerbit dan pencetak yang memasarkan novel," katanya lagi.
Shahilah turut memaklumkan, hasil-hasil penulisan Ahadiat terus mendapat sambutan termasuk novelnya Lagenda Budak Setan telah diadaptasikan kepada filem.
Menurutnya, isu muflis adalah isu tahun 1998 tetapi sehingga kini plaintif bukan sahaja seorang penulis novel tetapi turut terlibat dalam pelbagai kontrak filem, program televisyen dan penulisan skrip drama.
Shahilah menyatakan, dia tidak akan bertindak kejam untuk memfailkan permohonan berhubung tunggakan nafkah anak sekiranya plaintif benar-benar tidak berkemampuan.
Shahilah juga tidak bersetuju apabila plaintif dikatakan mengalami tekanan, rendah diri serta mengidap gout selepas kes itu difailkan pada 2007 kerana gambar-gambar bekas suaminya di laman web sosial Facebook menunjukkan sebaliknya.
Ahadiat, 44, yang diwakili peguam syarie, Mostadza Halimi memohon mengubah perintah mahkamah sebelum ini yang menetapkan dia perlu membayar RM300 sebulan sebagai nafkah anaknya mengikut kedudukan kewangannya kini.
Pada 18 November tahun lalu (1999), novelis itu diperintahkan oleh mahkamah membayar tunggakan nafkah anak sebanyak RM3,900 sejak Oktober 2007 hingga kini (2010).
Ahadiat dan Shahilah berkahwin pada 3 Jun 1995 di Alor Gajah, Melaka dan disahkan bercerai pada 12 April 2000. Ahadiat kemudian berkahwin pula dengan Norhayati pada 13 Ogos 2000 dan memperoleh tiga anak.
Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhammad menetapkan perbicaraan bersambung pada 15 April ini dengan memanggil saksi seterusnya iaitu anak pasangan tersebut, Aishah Akashah, 14.
Artikel Penuh: Ahadiat manipulasi isu muflis tak bayar nafkah
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment