Sunday, 22 July 2012

Microsoft: Sedang membangunkan stylus untuk pelbagai perkakasan


Microsoft sedang mengusahakan stylus yang akan membolehkan input walaupun pada skrin biasa (bukan skrin-sentuh).

Stylus itu akan menggunakan kamera-dalaman untuk menjejak pergerakan dan sudut di sepanjang skrin.


Dengan imej daripada kamera itu, stylus tersebut boleh mengira jumlah piksel yang dijejak untuk menentukan kedudukannya.

Prototaip semasa stylus tersebut menerima pujian di dalam Microsoft, dan Microsoft sedang dalam proses menentukan kewajaran meneruskan pembangunan produk tersebut supaya ia boleh dipasarkan. 

Masih ada beberapa isu seperti bagaimana untuk mengukur kepekaan tekanan pada skrin tanpa merosakkannya.

Stylus yang boleh digunakan pada pelbagai peralatan sudah tentu akan menjadi angsa emas buat Microsoft.

Syarikat itu sebelum ini telah menggerakkan Windows 8 sebagai perisian-sistem untuk komputer-peribadi dan juga tablet-skrin-sentuh, yang mana ramai pengguna desktop dan juga laptop yang menyatakan terdapat ciri-ciri pada Windows 8 yang sukar digunakan menggunakan papan-kekunci dan juga tetikus.

Stylus yang direka untuk menyokong mana-mana laptop atau dekstop dengan skrin LCD boleh menjawab aduan tersebut.

No comments:

Post a Comment