Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad berkata, Felda kini menuju era transformasi dalam pelbagai bidang dan mampu menjana pendapatan serta meningkatkan taraf hidup peneroka serta masyarakat luar.
"Kejayaan Felda kini terbukti apabila penduduk miskin di kampung tradisional dan berhampiran tanah rancangan tersebut turut mendapat manfaat, misalnya menerusi Program Kampung Sejahtera Inspirasi Harmoni Felda (Kasih Felda) yang membantu membaikpulih rumah bernilai RM5,000 yang disalurkan Felda.
“Bantuan itu sekaligus dapat memberi sinaran baru kepada penduduk terbabit,”katanya berucap pada pelancaran program berkenaan yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, di Padang Piol, di sini, hari ini.
Isa berkata Felda akan melakukan yang terbaik bagi meningkatkan taraf hidup peneroka dimana Felda tidak boleh semata mata bergantung kepada sektor perladangan semata-mata selepas 56 tahun penubuhannya.
Felda perlu ditransformasi dan berubah kerana peranannya akan berterusan bagi kepentingan generasi akan datang, malah Felda perlu terus berusaha dan berubah supaya agensi terbabit lebih maju dan berdaya saing di peringkat global.- Bernama
No comments:
Post a Comment