Saturday, 14 April 2012
Kuala Klawang, Malaysia: Laluan baru bermula 16 April (pekhidmatan bas)
KUALA KLAWANG - Perkhidmatan bas henti-henti di daerah ini akan diperluas di beberapa kawasan baru mulai 16 April ini.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kampung Baru dan Pengangkutan Awam, Datuk Siow Chen Pin berkata perkhidmatan di daerah Jelebu telah pun diaktifkan pada 2 April lalu.
“Kita menambah lima laluan baru yang menghubungkan Kampung Chennah dan beberapa kawasan seperti Titi, Kuala Klawang, Simpang Gelami, Simpang Pertang dan Pertang.
“Trip bas ini akan bermula seawal jam 6 pagi dan berakhir pada jam 6 petang setiap hari,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Chen Pin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chennah berkata, laluan itu melibatkan jarak perjalanan sejauh 56 kilometer. Penumpang dikenakan tambang sebanyak RM2.45 bagi laluan Kampung Chennah ke Titi dan RM3.55 dari Kampung Chennah ke Kuala Klawang.
Manakala tambang dari Kampung Chennah ke Simpang Gelami sebanyak RM4.40 dan RM5 bagi laluan dari Kampung Chennah ke Pertang.
“Bagi laluan dari Kampung Chennah ke Simpang Pertang, tambang yang dikenakan adalah serbanyak RM6. Kesemua tambang berkenaan adalah bagi laluan perjalanan sehala. Kadar tambang dari kedua-dua arah adalah sama bagi sehala dan dua hala,” katanya.
Sementara itu menurutnya, sebelum ini, operasi bas henti-henti telah dimulakan di laluan Pelangai (Pahang) hingga ke Kuala Pilah menerusi Simpang Pertang dan Simpang Durian pada 2 April lalu.
Chen Pin berkata laluan tambahan itu bagi memudahkan perjalanan penduduk di mukim Chennah dan Kuala Klawang.
Sumber: sinarharian.com.my
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment