Sunday, 11 March 2012

KUALA KUBU BHARU, Malaysia: Teman lelaki ibu mangsa dera, Syafia Humaira dituduh di mahkamah

KUALA KUBU BHARU: Teman lelaki ibu kepada mangsa dera, Syafia Humaira Sahari dituduh d Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh kanak-kanak berusia tiga tahun itu.

Pemandu teksi, Mohd Fazli Azri Jamil, 28, dituduh melakukan perbuatan itu sehingga menyebabkan kematian Syafia Humaira di padang bola sepak, Jalan Utama, Kawasan Perumahan Murah, Ulu Yam Lama, Batang Kali, jam 6.30 petang, 25 Februari 2012.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit ksalahan.

Tertuduh yang berseluar pendek dan baju berjalur jingga dan kuning, mengangguk faham sebaik tuduhan dibacakan.

Majistret Zuraidah Zakaria menetapkan 31 Mac 2012 untuk sebutan kes.
Tiada jaminan dibenarkan mahkamah terhadap tertuduh.

Hasil bedah siasat ke atas mayat mangsa mendapati kematian kanak-kanak itu akibat kecederaan serius berikutan terdapat pendarahan di otak dan pecah bahagian abdomen.

No comments:

Post a Comment