Thursday 9 May 2013

Lapangan terbang guna kambing untuk ragut rumput

CHICAGO - Jabatan Penerbangan Chicago bertindak mengumpulkan sekumpulan kambing biri-biri untuk membersihkan rumput di Lapangan Terbang Antarabangsa O’Hare, Chicago, Amerika Syarikat.
Datuk Bandar Chicago, Rahm Emanuel berkata, sebanyak 25 kambing biri-biri akan dilepaskan di kawasan sekitar lapangan terbang bagi membolehkan haiwan itu meragut rumput.

“Ini adalah program pertama dilakukan bagi mengurangkan kos penyelenggaraan lapangan terbang sekali gus mewujudkan suasana mesra alam,” katanya.

Menurutnya, penggunaan kambing biri-biri ini juga dapat menggantikan penggunaan racun rumput yang membahayakan kesihatan selain mengurangkan penggunaan bahan bakar pada mesin rumput.

No comments:

Post a Comment