Rasulullah
- Nabi Idris A.S. dikatakan sebagai Rasul ke-2 selepas Nabi Adam A.S. oleh Ibnu Kathir.
- Manakala ada juga pendapat menyatakan baginda merupakan Rasulullah ke-3 selepas Nabi Nuh A.S. melalui riwayat peristiwa Israk-Mikraj; di mana baginda menyambut Nabi Muhammad S.A.W dengan ungkapan "saudaraku" dan bukannya "anakku".
Nama
- Ada yang menyatakan Nabi Idris A.S. nama sebenarnya ialah Enoch.
- Ada yang menyatakan namanya Khaunukh.
- Buat masa ini taqra mengambil sikap tidak terima dan tidak menolak, namun yang pasti namanya Idris menurut kalamullah.
Kemangkatan
Kisah Nabi Idris A.S. mula menimbulkan persoalan kepada taqra apabila terdapat dakwaan bahawa baginda tidak mati tetapi diangkat ke langit seperti Nabi Isa A.S.
Namun kerana cerita itu mungkin dari sumber israeliyat maka kami berlepas diri. Cukup kami memaklumi bahwa Nabi Idris A.S. di antara Rasul yang diangkat martabatnya.
No comments:
Post a Comment