Hakikatnya Microsoft telah meletakkan harga produk terbarunya itu hampir setara dengan iPad. Keadaan ini bagi kebanyakan professional IT adalah tidak memadai untuk meningkatkan minat terhadap perkakasan itu kerana nilai produk itu masih tidak tentu.
Microsoft memasarkan Surface pada 3 ruang harga:
- Windows RT 32-GB tanpa Touch Cover : $499
- Windows RT 32-GB dengan Touch Cover : $599
- Windows RT 64-GB dengan Touch Cover : $699
Kehadiran Microsoft Office pada Surface akan memberikannya kelebihan ke atas iPad, namun apa yang menjadi persoalan ialah bagaimana stabilnya Office versi Windows RT?
Jika Surface tidak dapat digunakan untuk melaksanakan kerja-kerja pejabat, maka apa gunanya untuk syarikat mendapatkannya berbanding dengan iPad yang telah terbukti dan teruji.
Harga yang tidak merangkumi Touch Cover juga menjadi kekurangan buat Surface.
Terdapat juga desas-desus menyatakan pengeluaran Surface di atas 2 platform berbeza akan mendatangkan kekeliruan. Surface khabarnya akan dikeluarkan dalam versi RT dan juga x86-based Pro.
Surface Pro kelihatan akan lebih digemari kerana ia:
Banyak syarikat menggunakan Outlook kerana ia mempunyai fungsi yang tiada pada kebanyakan email client, contohnya menetapkan satu mesyuarat.
Microsoft tidak pernah menjelaskan sama ada Surface RT mempunyai keupayaan sedemikian, atau ekosistem aplikasinya akan bersaing dengan deretan apps yang telah wujud untuk iOS dan Android.
Masalah penggunaan ruang cakera keras juga membimbangkan di mana setelah OS, Office dan sebahagian lain apps dipasang ke dalam Surface versi 32-GB, pengguna akan mendapati hanya 20-GB ruang yang tinggal. Sementara iPad hanya menggunakan 2-GB untuk sistem operasi dan juga sebahagian apps.
Tambahan lagi, harga tidak diletak untuk Surface Pro, yang hanya akan dinilai setanding dengan ultrabooks dan dikhabarkan tidak akan sedia untuk 3 bulan lagi, menurut Microsoft.
Pengguna tentunya akan memilih Surface Pro jika mahukan banyak fungsi pada sebuah peranti. Mereka tidak mahu kehilangan kemudahan sedia ada hanya untuk memanjangkan tempoh bertahan bateri.
Namun, ia dijangka akan terlalu mahal buat pengguna yang membeli peranti mereka sendiri.
Kesilapan Microsoft ialah selain penetapan harga, mereka tidak menunjukkan kepada mana-mana jabatan IT apa kelebihan sokongan dan pengurusan yang dibawanya, dan apa apps yang tersedia.
Banyak syarikat akan memberi perhatian kepada tablet berasaskan Windows kerana mereka telah mempunyai infrastruktur berkaitan dan juga telah berpengalaman menguruskan PC. Cuma harga yang murah takkan membawa apa-apa kebaikan jika ia tidak memenuhi keperluan pengguna.

- boleh menjalankan aplikasi sedia ada dalam mod dekstop,
- boleh diurus menggunakan Microsoft System Center,
- boleh digabungkan dengan Active Directory, dan
- menyokong Exchange dan ActiveSync melalui penggunaan Outlook
Banyak syarikat menggunakan Outlook kerana ia mempunyai fungsi yang tiada pada kebanyakan email client, contohnya menetapkan satu mesyuarat.
Microsoft tidak pernah menjelaskan sama ada Surface RT mempunyai keupayaan sedemikian, atau ekosistem aplikasinya akan bersaing dengan deretan apps yang telah wujud untuk iOS dan Android.
Masalah penggunaan ruang cakera keras juga membimbangkan di mana setelah OS, Office dan sebahagian lain apps dipasang ke dalam Surface versi 32-GB, pengguna akan mendapati hanya 20-GB ruang yang tinggal. Sementara iPad hanya menggunakan 2-GB untuk sistem operasi dan juga sebahagian apps.
Tambahan lagi, harga tidak diletak untuk Surface Pro, yang hanya akan dinilai setanding dengan ultrabooks dan dikhabarkan tidak akan sedia untuk 3 bulan lagi, menurut Microsoft.
Pengguna tentunya akan memilih Surface Pro jika mahukan banyak fungsi pada sebuah peranti. Mereka tidak mahu kehilangan kemudahan sedia ada hanya untuk memanjangkan tempoh bertahan bateri.
Namun, ia dijangka akan terlalu mahal buat pengguna yang membeli peranti mereka sendiri.
Kesilapan Microsoft ialah selain penetapan harga, mereka tidak menunjukkan kepada mana-mana jabatan IT apa kelebihan sokongan dan pengurusan yang dibawanya, dan apa apps yang tersedia.
Banyak syarikat akan memberi perhatian kepada tablet berasaskan Windows kerana mereka telah mempunyai infrastruktur berkaitan dan juga telah berpengalaman menguruskan PC. Cuma harga yang murah takkan membawa apa-apa kebaikan jika ia tidak memenuhi keperluan pengguna.
No comments:
Post a Comment