Sulu mungkin wajar dapat Sabah, tapi perlu minta persetujuan rakyat Sabah.
Tiada guna jadi pemimpin yang ditolak, sedangkan orang yang tidak disukai ma'mum pun tak wajar jadi imam solat.
Kerajaan Filipina sungguh kelakar, mungkin mereka sebenarnya yang berharap Sabah dimiliki mereka & seterusnya menjadikan kaum Sulu sebagai alat. Kenyataan mereka seolah-olah kutuk mereka yang terlibat, namun pada masa sama tidak berbuat apa-apa. Dan sedihnya, aku tak mahu pula rakyat Sulu diapa-apakan, kerana kita bersaudara.
Sungguh sedih apabila sesama muslim bertelagah. Kita harus ingat, Allah berikan kuasa kepada siapa yang dikehendaki-Nya & tarik kekuasaan daripada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Kita dibelenggu sikap assabiyah di sebalik istilah nasionalisme. Kita lupakan persaudaraan kerana kekuasaan sedangkan kita hanya khalifah, wakil Allah untuk mentadbir bumi.
Tolonglah bagi rakyat Sabah hidup dengan aman.
Dan kerajaan Malaysia dapat pengajaran, orang biasa dengan bot laju pun selamba cerobohi negara, bagaimana halnya jika tentera yang mendarat di pantai2 Malaysia? Dan kes-kes sebegini sebenarnya sudah lama dan masih berterusan berlaku, mungkin kita sahaja yang tidak ambil tahu. Dengan insiden ini, kita mungkin sudah tahu di mana untuk fokus dan dari sana kita boleh perluaskan penguatkuasaan.
Sungai Golok contohnya selamba dilintasi dan tentera di sana buat-buat tak nampak. Ok pada masa ini, tapi mungkin akan membawa bala kepada negara di kemudian hari. Kita faham tentera mungkin tidak mahu mengganggu aktiviti rakyat dan aku pun tak senang kalau tentera larang aku seberangi Sungai Golok itu. :)
Itu satu kes, dan mesti ada banyak lagi kes seumpama itu di Borneo, sempadan negara di sana terlalu panjang untuk dikawal, namun itulah tugas dan amanah yang perlu dijaga.
Kita bukan mahu berperang, tetapi negara Islam wajib bersedia dengan kelengkapan perang agar digeruni mereka yang mahu mencerobohi negara.
No comments:
Post a Comment