Sunday 2 June 2013

Georgetown: Wartakan makam Datuk Jenaton

SEBAHAGIAN daripada waris Datuk Jenaton yang hadir pada majlis Perhimpunan Keluarga Datuk Jenaton kali ke-6 di George Town semalam.


GEORGE TOWN – Keluarga Datuk Jenaton Raju Labu iaitu antara individu terawal yang meneroka Pulau Pinang sekitar tahun 1749 memohon Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) mewartakan makam tokoh itu di Persiaran Changkat Minden dekat sini sebagai tapak warisan sejarah.

Warisnya, Profesor Ahmad Murad Merican (gambar kecil) memberitahu permohonan rasmi telah dikemukakan para waris pembesar yang berasal dari Pagar Ruyong, Sumatera itu melalui Jawatankuasa Keluarga Datuk Jenaton.

Beliau yang juga pensyarah Jabatan Pengurusan dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Petronas berkata, pihaknya berharap permintaan tersebut dapat diluluskan oleh MAIPP dalam tempoh terdekat.

“Para waris mahu mengekalkan makam Datuk Jenaton yang terletak berhampiran kampus Universiti Sains Malaysia sebagai tapak warisan dengan meletakkan papan tanda sebagai tatapan generasi muda.

“Penerokaan orang Melayu di sini pada seawal abad ke-18 menerusi kawasan pertanian yang seterusnya membentuk institusi sosial iaitu lebih awal sebelum Francis Light tiba,” ujarnya.

Oleh ZAKI SALLEH
zaki.salleh@kosmo.com.my

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0603&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_11.htm#ixzz2V87T7h4h
Hakcipta terpelihara

No comments:

Post a Comment