KUALA LUMPUR, Malaysia: Kem ibadah kanak-kanak dan remaja di Masjid Negara bulan November 2012
KUALA LUMPUR - Masjid Negara akan menganjurkan kem ibadah untuk kanak-kanak berumur dari sembilan hingga 12 tahun dan remaja (13-17 tahun) selama tiga hari pada bulan depan.
- Kem ibadah untuk kanak-kanak akan diadakan mulai 11 Nov manakala untuk remaja bermula 23 Nov, demikian menurut kenyataan Masjid Negara hari ini.
- Kem itu adalah untuk melahirkan generasi yang berakhlak mulia, bersahsiah terpuji dan mempunyai jati diri tinggi selain melahirkan generasi soleh dan solehah yang cemerlang di dunia dan akhirat.
- Program terbuka kepada lelaki dan perempuan dan antara aktiviti yang akan dijalankan ialah motivasi jati diri, kem ibadah, 'bisikan nurani', 'mutiara iman' dan 'anak soleh permata negara'.
- Setiap peserta dikenakan yuran penyertaan RM110 dan mereka yang berminat boleh menghubungi urus setia program menerusi talian 03-26937784, Ustaz Subhi di talian 013-2368220 atau Ustaz Abdul Latif di talian 017-3418799.
- Bernama
No comments:
Post a Comment