Monday 8 October 2012

KUALA LUMPUR, Malaysia: Karpal tetap mahu saman Nasharudin

KUALA LUMPUR - Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh menegaskan bahawa beliau tetap akan meneruskan prosiding fitnah terhadap bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa.
  • Bagaimanapun beliau belum menetapkan tarikh kes itu akan difailkan.
  • Menurutnya, disebabkan kekangan masa dan kerja, beliau tidak mempunyai kesempatan untuk meneruskan prosiding menyaman fitnah terhadap Nasharudin.
  • Katanya, "Ya akan, mana boleh tak mahu, saya belum tetapkannya lagi bila."
  • "Saya ada banyak masalah dan kerja di mahkamah, ikut undang-undang saya ada masa selama enam tahun untuk membuat perkara itu (saman fitnah)," kata beliau kepada pemberita di bangunan Parlimen hari ini.
  • Sebelum ini, pada Ogos lalu, Karpal memulakan prosiding fitnah terhadap Nasharudin ekoran kenyataannya berhubung isu hudud dan Islam.
  • "Kenyataan Nasharudin bahawa saya bukan hanya menentang hudud malah menentang Islam, adalah tidak bertanggungjawab, tidak berasas dan kejam," katanya sebelum ini.
  • Membalas kenyataan dua bulan itu, Nasharudin dilaporkan akan menunggu tindakan Karpal di mahkamah dan turut mencabarnya untuk terus mengambil tindakan di mahkamah.
  • Justeru, Karpal yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu berkata prosiding akan diteruskan mengikut keadaan yang sesuai.
  • "Saya akan teruskan, dalam masa terdekat tetapi ikut keadaanlah.
  • "Saya bukan melewatkan hal itu, dan mungkin tidak berapa lama lagi," katanya lagi.

No comments:

Post a Comment