Perkhidmatan jalur lebar Telekom Malaysia (TM), Unifi telah mencecah 500,000 pelanggan.
Unifi kini tersedia di 94 kawasan merangkumi lebih 1.34 juta permis.
TM mempunyai lebih 2 juta pelanggan jalur lebar yang melanggan perkhidmatan Unifi dan Streamyx DSL.
TM juga memperkenalkan pakej niaga baru dalam Unifi iaitu Biz30 dan Biz50 dengan pilihan perkhidmatan tambahan IPTV (HyppTV).