Showing posts with label Kampung Lukut. Show all posts
Showing posts with label Kampung Lukut. Show all posts

Monday, 13 May 2013

Kota Tinggi: Gajah ceroboh kebun penduduk

Amin menunjukkan kerosakan yang dilakukan gajah liar di kebunnya

KOTA TINGGI
- Seorang pemilik kebun sawit di Kampung Lukut di sini, mendakwa, terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM3,000 selepas kebunnya diceroboh dua gajah liar dalam kejadian awal pagi kelmarin.

Amin Sidek,43, berkata, mujur ada penduduk yang menyedari gajah berkenaan seterusnya bertindak menghalau haiwan liar itu daripada terus merosakkan tanaman.

Bagaimanapun, katanya, sebanyak tujuh pokok sawitnya rosak dan dimakan haiwan tersebut.