Showing posts with label crimes (jenayah). Show all posts
Showing posts with label crimes (jenayah). Show all posts

Wednesday, 15 May 2013

Kapit: Pasar jual daging beruang

SEORANG peniaga (kanan) memotong daging beruang yang dijual di Pasar Teresang, Kapit, Sarawak semalam

KAPIT – Pasar Teresang dekat sini dikesan menjadi lokasi penjualan daging beruang matahari yang merupakan haiwan dilindungi di negara ini.

Tinjauan Kosmo! semalam mendapati, kira-kira lima peniaga menjalankan perniagaan menjual daging tersebut secara terbuka kepada para penggemar hidangan haiwan eksotik.

Tuesday, 14 May 2013

Bagan Serai: Sembunyi dalam semak elak ditembak kali kedua

BAGAN SERAI - Seorang lelaki hanya mampu bersembunyi di dalam semak sambil berdoa agar tidak ditemui sekumpulan perompak melakukan samun bersenjata di sebuah rumah di Jalan Jeti, di sini pagi kelmarin.

Mangsa kejadian dikenali sebagai Lee, 42, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 4.15 pagi itu, dia bersama seorang lagi rakannya sedang berbual-bual di bahagian luar rumah sambil menghisap rokok, manakala beberapa rakan lain berehat di dalam rumah.

Menurutnya, secara tiba-tiba mereka dikejutkan dengan kehadiran sekumpulan lelaki berpakaian serba hitam dan bertopeng menuju ke arahnya.

“Saya terkejut dan cuba masuk ke dalam rumah bagi memberitahu perkara itu kepada rakan lain, bagaimanapun tak sempat kerana kumpulan perompak itu melepaskan beberapa tembakan dan mengenai tangan kanan saya.

“Walaupun sakit, saya terus berlari bersembunyi ke arah semak berhampiran untuk menyelamatkan diri,” katanya sewaktu ditemui media, di sini, semalam.

Lee berkata, dia melarikan diri di kawasan semak berhampiran kerana bimbang ditembak kali kedua namun dua suspek bertindak mengejarnya.

Jelasnya, dia terus berlari tanpa menghiraukan kecederaannya dan menyembunyikan diri di satu lokasi.

“Setelah hampir setengah jam bersembunyi, saya segera menghubungi seorang rakan untuk menghantar saya ke hospital berdekatan kerana kecederaan saya semakin parah,” katanya.

Tambah Lee, semasa dalam perjalanan ke Hospital Parit Buntar, dia sempat menghubungi beberapa rakannya yang lain untuk mengetahui lebih lanjut keadaan mereka.

“Saya terkejut dimaklumkan beberapa rakan dirompak dan dua kereta turut dilarikan, manakala seorang lagi rakan cedera di bahagian paha kanan serta dikejarkan ke Hospital Taiping untuk dirawat.

“Setibanya di Hospital Parit Buntar, petugas di sana mengarahkannya agar terus dihantar ke Hospital Taiping kerana kecederaan parah yang dialami,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

Katanya, kejadian antara jam 4 hingga 4.30 pagi itu berlaku, ketika sekumpulan lima lelaki sedang bermain judi di sebuah rumah di Bagan Serai, dekat sini.

“Mereka kemudiannya didatangi enam hingga tujuh lelaki bersenjatakan pistol dan bertindak menyamun kumpulan itu yang khusyuk berjudi di rumah berkenaan.

“Dua kereta milik mangsa dilarikan tetapi salah satu daripadanya berjaya ditemui berhampiran lokasi kejadian.

“Selain kereta, beberapa barangan peribadi turut disamun antaranya termasuk telefon bimbit berjenama dan sejumlah wang tunai,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis
Kontinjen (IPK) Perak, semalam.

Mohd Shukri berkata, suspek sempat menembak dua mangsa sehingga menyebabkan mereka mengalami kecederaan di paha dan lengan.

“Seorang mangsa berusia 32 tahun kini mendapat rawatan di Hospital Taiping dan dilaporkan stabil manakala mangsa yang cedera di lengan menyembunyikan diri,” katanya.

Katanya, setakat ini polis masih mengenal pasti motif kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Sunday, 12 May 2013

Kulim: Ditembak 10 das dari jarak dekat

KULIM - Seorang pembantu kedai barang lusuh ditemui mati dalam kereta yang dipandunya dengan 10 kesan tembakan, di persimpangan lampu isyarat Taman Kucai, Lunas di sini, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Salleh berkata, mangsa dikenali sebagai KThangaraja, 31, dari Taman Perak di sini, dikatakan sedang memandu bersendirian ke arah lebuh raya Butterworth-Kulim, sebelum diserang pada jam 8.43 malam.

“Dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal dipercayai bersenjatakan pistol mendekati kereta Perodua Alza yang disewa mangsa, yang sedang berhenti di persimpangan tersebut. Suspek kemudiannya melepaskan l0 das tembakan ke arah mangsa.

“Beberapa das tembakan mengenai muka dan lengan mangsa. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” kata ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, pihak polis menjumpai 10 kelongsong peluru berukuran 9 mm di dalam kereta dan kawasan kejadian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Mangsa dipercayai berasal dari Pulau Pinang dan dipercayai baru berpindah di taman tersebut. - Bernama

Batu Kawan: Dua lelaki maut, dua lagi parah ditembak di Bukit Tambun

BATU KAWAN - Dua lelaki maut manakala dua lagi cedera parah selepas ditembak ketika berhenti di lampu isyarat persimpangan Bukit Tambun, di sini malam tadi.

Kedua-dua lelaki itu mati ketika dirawat di Hospital Seberang Jaya dan hasil siasatan awal polis mendapati mereka mempunyai beberapa rekod jenayah.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata keempat-empat lelaki itu ditembak selepas pulang daripada majlis perkahwinan saudara mereka di sebuah dewan kira-kira 150 meter dari tempat kejadian.

Cheras: 2 lelaki parah ditembak

Anggota forensik (CSI) memeriksa tempat kejadian.
CHERAS - Dua lelaki mengalami kecederaan parah setelah ditembak ahli kumpulan samseng dalam satu pergaduhan di sebuah kawasan perumahan di Jalan Budiman 19, Taman Mulia di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu yang dipercayai berlaku apabila kedua-dua mangsa berusia 29 tahun berkenaan menggertak ahli kumpulan samseng yang sedang minum di sebuah restoran.

Friday, 10 May 2013

Penarik kereta maut terkena tiga das tembakan

ALOR SETAR - Seorang penarik kereta maut akibat terkena tiga das tembakan berhampiran rumahnya di rumah pangsa Taman Setia Jaya di sini malam tadi.

Mayat M. Nagenthiran, 30, ditemui kira-kira 15 meter dari kawasan rumah pangsa itu pada pukul 12.30 tengah malam.

Thursday, 9 May 2013

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Ditemui di Medan Letak Kereta

KLANG: Mayat seorang kanak-kanak perempuan yang dipercayai mangsa kes bunuh ditemui di medan letak kereta, Lorong Batu Nilam 1E, Bukit Tinggi, di sini malam Rabu.

Mayat Nur Amyliana Shuhada Mohd Noor, 11, ditemui terbaring di bahagian tepi medan letak kereta itu oleh seorang gadis yang kebetulan lalu di situ pada pukul 11.30 malam.

Wednesday, 8 May 2013

Mayat jurutera ditemui

WARTAWAN SINAR HARIAN
9 Mei 2013

LEDANG – Mayat seorang jurutera ditemui dengan tiga kesan tembakan di sebuah ladang di Jalan Bekok, Tangkak, di sini, kelmarin.

Mangsa, Muthu Pillai, 41, dari Batu Berendam, Melaka ditemui orang awam pada jam 7.30 malam lengkap berpakaian dengan kesan tembakan di bahagian kiri kepala, dada dan pinggang.

Lelaki cedera parah ditembak dari jarak dekat

NIBONG TEBAL: Seorang lelaki cedera parah ditembak dari jarak dekat ketika sedang minum bersama beberapa rakannya di sebuah kedai makan di Sungai Daun, di sini, malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC Mazlan Kesah, berkata mangsa dihampiri seorang lelaki yang memakai topi keledar kira-kira jam 11 malam dan melepaskan dua das tembakan ke arahnya.

Friday, 19 October 2012

BATU PAHAT, Malaysia: Datuk tidak maafkan pembunuh cucu

BATU PAHAT - "Wak tak akan maafkan dia sampai bila-bila."Demikian luahan datuk kepada bayi malang berusia lapan bulan, Nur Irsyafida Balkis Abdul Azim yang meninggal dunia dipercayai akibat didera teman lelaki ibunya Selasa lalu.

Thursday, 18 October 2012

BATU PAHAT, Malaysia: Bayi didera mati di pangkuan ibu

ANGGOTA keluarga mengangkat jenazah Nur Irisyafida Balkis untuk dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tambak, Batu Pahat, Johor semalam.

BATU PAHAT – Setelah enam hari bertarung nyawa, seorang bayi berusia lapan bulan yang mengalami keretakan di tempurung kepala dipercayai akibat didera, meninggal dunia dalam dakapan ibunya di sini kelmarin.

Wednesday, 17 October 2012

PETALING JAYA, Malaysia: NFCorp blames govt for failure

PETALING JAYA (Oct 17, 2012): The National Feedlot Corporation (NFCorp) has blamed the federal government for postponing a project which resulted in the company's failure to meet the required cattle production.

Its chairman Datuk Seri Dr Mohd Salleh said the postponement of the Export Quality Abattoir (EQA) had affected NFCorp's production as a lot of matters were depending on it.

Sunday, 7 October 2012

Malaysia: Pengemis kaya bukan dongengan.


KITA biasa dengar atau baca cerita pengemis yang kaya, menginap di hotel atau dijemput dengan kereta selepas minta sedekah di kaki lima.

Wednesday, 29 August 2012

KUALA LUMPUR, MAlaysia: Umpama berniaga di pekan koboi

seorang peniaga menghulurkan barangan yang dibeli pelanggan dari celah jeriji kedainya di Taman City, Segambut semalam.

KUALA LUMPUR – Kira-kira 40 peniaga di Kawasan Perindustrian Taman City, Segambut di sini terpaksa menjalankan perniagaan menerusi celah-celah jeriji kedai demi keselamatan nyawa mereka.

Sunday, 11 March 2012

KUALA KUBU BHARU, Malaysia: Teman lelaki ibu mangsa dera, Syafia Humaira dituduh di mahkamah

KUALA KUBU BHARU: Teman lelaki ibu kepada mangsa dera, Syafia Humaira Sahari dituduh d Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh kanak-kanak berusia tiga tahun itu.