Showing posts with label Celcom Axiata (Celcom). Show all posts
Showing posts with label Celcom Axiata (Celcom). Show all posts

Monday, 31 December 2012

Celcom mula jual iPad mini

Celcom Axiata telah mula menjual generasi ke-4 iPad dan iPad mini.

Mereka perkenalkan 2 pelan yang bermula dengan RM 70 sebulan di mana harga bagi versi 16GB ialah RM 858 dan RM 1,428 untuk 64GB dengan kontrak 24-bulan.

Bagi iPad generasi ke-4 pula ditawarkan dengan harga RM 1,308 untuk 16GB dan RM 1,828 untuk 64GB dengan pelan RM70 sebulan untuk 24-bulan.

Wednesday, 23 February 2011

HSBB: Celcom pengendali kedua bekerjasama dengan TM

Shazalli Ramly (kiri) bertukar-tukar dokumen perjanjian kerjasama dengan Zamzamzairani Mohd. Isa pada majlis tandatangan perjanjian itu di Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 22 Feb. - Telekom Malaysia Bhd. (TM) hari ini menandatangani perjanjian kerjasama dengan sebuah lagi pengendali telekomunikasi, Celcom Axiata Bhd. (Celcom) bagi menyediakan perkhidmatan bersepadu pelbagai akses menerusi perkhidmatan tetap dan mudah alih kepada para pelanggan Celcom.