 |
| Anggota polis meninjau kawasan tanah runtuh di Bukit Bandaraya, Seksyen U11, Shah Alam. |
SHAH ALAM: Empat keluarga di Bukit Bandaraya, Seksyen U11, di sini, diarahkan berpindah serta-merta selepas diberikan notis 24 jam oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam berikutan kejadian tanah runtuh, malam kelmarin.
Timbalan Pengarah Korporat MBSA, Shahrin Ahmad, berkata MBSA sudah meminta pemaju perumahan kawasan itu melantik perunding teknikal membuat analisis dan kajian berhubung kejadian jam 7 malam itu.