KUALA LUMPUR 6 Okt. - Seramai 1,681 jururawat dari kolej kejururawatan swasta akan diambil untuk berkhidmat di hospital kerajaan pada akhir tahun ini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, sebelum ini bilangan pengambilan itu adalah sedikit sahaja iaitu satu peratus jururawat dari kolej swasta bagi setiap 3,000 pengambilan.