Friday 5 October 2012

KUALA LUMPUR, Malaysia: SPRM siasat kenduri kahwin anak lelaki Ketua Menteri Melaka


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat dakwaan rasuah terhadap Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berikutan penganjuran majlis kenduri kahwin anak lelakinya, baru-baru ini. 



  • Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdul berkata, siasatan akan dilakukan secara menyeluruh. 
  • "Kita teliti satu persatu, tengok perbelanjaan daripada mana, siapa yang keluarkan duit, kita periksalah," katanya di sini, hari ini.
  • Bagaimanapun, beliau enggan menjelas lanjut kerana siasatan baru saja bermula. 
  • Majlis perkahwinan anak Mohd Ali pada hujung minggu lalu dihadiri lebih 130,000 orang sekali gus diiktiraf 'Malaysia Book of Records' sebagai tetamu teramai pada majlis perkahwinan.

- BERNAMA

No comments:

Post a Comment